Home . Blog . Product . FAQ


FAQ


NUTRILITE adalah jenama vitamin, mineral dan suplemen dietari yang mempunyai satu rangkaian suplemen yang lengkap untuk keperluan kesihatan.

NUTRILITE dibuat dari pati tumbuhan semula jadi dan organik, kebanyakannya ditanam di ladang-ladang yang disahkan organik*, dan vitamin serta mineral yang sangat tulen dari serata dunia bagi memenuhi standard kualiti yang ketat.

Semua bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE diselidik secara meluas, diuji dan dirumus untuk memberikan produk yang memenuhi keperluan pemakanan untuk anda supaya anda mendapat kesihatan yang optimum.

*Sumber: http://www.euromonitor.com/amway-claims


NUTRILITE adalah satu-satunya jenama vitamin dan suplemen dietari global yang menanam, memetik, dan memproses tumbuhan di ladangnya sendiri yang disahkan organik*.

Beratus-ratus buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam secara organik di tanah ladang 6,400 ekar yang terbentang luas merentasi dunia – lebih daripada mana-mana syarikat suplemen di dunia, menggunakan hanya kaedah yang mampan, bukan sintetik dan tanpa racun perosak.

Buah-buahan dan sayur-sayuran dipetik ketika di puncak kemujarabannya, kemudian dinyahhidrat dan diproses dengan segera untuk mendapatkan nutrien yang berharga di dalamnya.

*Sumber: http://www.euromonitor.com/amway-claims


LADANG TROUT LAKE, Washington, AS
Ladang Trout Lake di Negeri Washington, AS adalah ladang herba disahkan organik yang terbesar di Amerika Utara. Lebih 70 botani dan 3 juta paun herba NUTRILITE ditanam di tanah seluas 700 ekar (283 hektar) ini setiap tahun.

RANCHO EL PETACAL, Jalisco, Mexico
Meliputi 1,400 ekar (566 hektar), Rancho El Petacal, banyak tumbuhan sitrus yang kaya nutrien seperti lemon, limau gedang merah dan oren mandarin, juga selada air, parsli, alfalfa, bayam, kubis daun dan selasih ditanam disini.

FAZENDA NUTRIORGANICA, Ubajara, Brazil
Fazenda Nutriorganica ialah ladang NUTRILITE terbesar dengan tanah ladang seluas 4,100 ekar (1,660 hektar) di mana buah markisah, nanas, jambu batu dan herba tropika ditanam, juga 100% ceri aserola yang digunakan dalam produk NUTRILITE.

LADANG PENYELIDIKAN PERTANIAN NUTRILITE, California, USA
Terletak di dasar tasik prasejarah, Ladang Penyelidikan Pertanian NUTRILITE di Buena Park, California seluas 111 ekar (45 hektar) dan merupakan lokasi utama di mana penyelidik ladang, mengenal pasti nutrien dan bahan aktif untuk produk-produk NUTRILITE di samping menambah baik yang sedia ada dijalankan disini.

Semua ladang NUTRILITE mematuhi garis panduan ketat yang menekankan pengurusan sumber semula jadi yang bertanggungjawab dan menghormati proses alam semula jadi.

Berikut adalah proses penanaman organic yang diamalkan di ladang ladang NUTRILITE


1. MENAMBAH BAIK TANAH DENGAN NITROGEN
Tanaman kekacang tutup bumi ditanam untuk mengikat nitrogen dalam tanah yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.


    
2. MENGGEMBUR TANAH DENGAN CACING TANAH
Nutrien organik ditambah ke dalam tanah. Bila cacing tanah mengorek lubang menerusi tanah, akar-akar tanaman boleh menjalar dengan lebih meluas.


3. MENUTUP DENGAN HAMPARAN PLASTIK
Tanaman kekacang ditutup dengan hamparan plastik. Sebaik ia layu di bawah sinaran matahari, ia digunakan sebagai kompos.


 
4. MENANAM TUMBUHAN UNTUK BAHAN MENTAH PRODUK
Sebaik sahaja tanah kaya nutrien & subur tersedia, tumbuhan utama akan ditanam. Air bawah tanah digunakan untuk pengairan.


5. MELINDUNGI TANAMAN SECARA SEMULA JADI
Larva kumbang kura-kura dan lalat mei, juga helang dan burung hantu membantu melindungi tanaman daripada serangga, burung dan musuh perosak lain.


6. MEMETIK PADA PERINGKAT PUNCAK
Tanaman dipetik ketika di puncak kemujaraban. Hanya bahagian dengan nilai nutrisi paling banyak dikumpul.


7. MEMBERSIH LADANG MENGGUNAKAN BIRI-BIRI
Kawanan biri-biri digembala untuk meragut  jerami selepas tanaman dipetik.

 
8. MEMBIARKAN TANAH TIDAK DITANAMI
Selepas menanam dan memetik selama 3-4 tahun, ladang dibiarkan untuk satu tempoh masa bagi membolehkan tanah menambah kesuburannya secara semula jadi.

Kunci untuk mengekalkan keajaiban buah-buahan dan sayur-sayuran mentah ialah dengan memastikan semua nutrien dalam bahan tumbuhan tidak terjejas.

Kaedah seperti kering sembur dan pengadunan dalam bekas berbentuk V memastikan nutrien tidak hilang akibat haba melampau atau agitasi.


1. PENYAHHIDRATAN
Pengering besar digunakan untuk menyahhidrat bahan tumbuhan yang dikumpul, sehingga ia dalam bentuk daun teh.


2. PENGISARAN
Tumbuhan dikisar supaya nutrien lebih mudah diekstrak.



3. PENGEKSTRAKAN / PENGASINGAN
Vitamin, mineral, fitonurien dan komponen lain yang berguna diekstrak.


4. PEMEKATAN
Nutrien dan komponen berguna direbus pada titik didih rendah bagi mengelakkan terjejasnya kandungan nutrisi.


5. KERING SEMBUR
Larutan pekat disembur ke atas plat panas, di mana air tersejat dalam sesaat manakala nutrien kekal tidak terjejas.


6. PENGADUNAN PEKATAN
Pelbagai nutrien (ekstrak tumbuhan) diadun mengikut ciri-ciri khusus atau sifat semula jadi suplemen makanan yang berbeza.


7. PEKATAN UTAMA
Bekas pengadun berbentuk V digunakan untuk mengadun jumlah bahan tumbuhan yang besar pada satu-satu masa bagi menghasilkan ekstrak teradun yang tinggi ketulenannya.


8. PRODUK SIAP
Produk yang berbeza dibentuk dan dimodelkan mengikut saiz, tekstur dan kelikatan.